TUALA WANITA ANCAMAN KESIHATAN DALAM DIAM , JANGAN TERPEDAYA DENGAN KEPUTIHAN !!! SELAMAT,SELESA,SIHAT(3 S).Jangan lepaskan peluang emas ini !!!

Masalah Fibroid

Ramai wanita kini menghidapi sejenis penyakit pada dinding rahim iaitu Fibroid . Antara punca-puncanya adalah kerana kesalahan memilih tuala wanita . Mereka lebih gemar memilih tuala wanita yang mempunyai dioksin dan campuran chlorin. Hal ini demikian kerana mereka lebih menyayangi duit mereka daripada kesihatan mereka sendiri.

Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang berasal pada tisu pada dinding rahim. Apabila ia membesar, Fibroid boleh memberikan banyak masalah kepada kaum wanita. Antara masalah-masalahnya ialah seperti menghimpit pundi kencing, sakit semasa haid, sakit semasa bersama, dan mengalami haid yang banyak. Ia boleh menjadi besar seperti bola, tetapi anda jangan risau. Ia bukan lah kanser :) 

Kebanyakan simtom yang dihadapi oleh kaum-kaum wanita adalah seperti sembelit, sakit haid, kerap kencing, darah haid yang banyak. Kadang-kadang, ia juga boleh menghalang pintu rahim. Bagi perempuan yang hamil yang menghidapi penyakit ini, mereka terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Apa itu pembedahan ceasarean? Tekan sini untuk info selanjutnya .

 Fibroid : Gambar - credits to Google.





Adakah anda sanggup menghidapi penyakit seperti ini ? 

*Bagaimana wanita boleh menghidapi penyakit ini ?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

*Apakah simtom yang dihidapi oleh kaum wanita?
Kebanyakan wanita tidak sedar dan tidak tahu samada mereka mempunyai masalah ketumbuhan ini kerana ia jarang memberikan masalah, tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :-
  • sakit semasa haid (senggugut)
  • sakit belakang
  • haid yang banyak
  • sembelit
  • kencing kerap
  • keguguran yang kerap
  • sukar mengandung
*Bagaimana fibroid dapat dikenal pasti ?
Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan dan menyarankan rawatan bergantung kepada ;
  • sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • usia anda , kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidak suburan dan sukar untuk mengandung.
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
Konklusinya, tiada cara untuk mengelak dari fibroid kerana ia tidak ada kaitan dengan cara pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan penyakit keturunan .

No comments:

Post a Comment

Hygiene Tester

Hygiene Tester